Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, jumlah terkumpul pembiayaan adalah RM1.38 bilion manakala purata peminjam adalah RM3,500 sebulan.

“Ar Rahnu Maidam juga sediakan latihan dan jururunding, mencuci, membaiki dan memperelok barangan kemas, simpanan barangan kemas dan pembekalan sistem e-Rahnu.

“Tujuan pinjaman merangkumi modal perniagaan, sambutan perayaan, membiayai perbelanjaan awal anak masuk institusi pengajian tinggi, jelaskan hutang dan sebagainya.  Jumlah peminjam meningkat pada Mac, Mei, Julai, Ogos dan Disember,” katanya.

Tambahnya, Ar-Rahnu Maidam jadi pilihan kerana aktiviti pajak gadainya mematuhi syariah selain pakej upah simpan diperkenalkan Maidam paling menarik dan termurah berbanding d lain-lain operator Ar-Rahnu atau pajak gadai konvensional.