Dividen 2019 Telah Diagihkan Kepada Anggota

Dividen 2019 Telah Diagihkan Kepada Anggota

Koperasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Berhad (KoMAIDAM) telah mengisytiharkan kadar dividen 10% atas Modal Syer dan 3% atas Modal Yuran bagi tahun 2019. Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan angka tersebut setelah permohonan dibuat oleh pihak koperasi susulan penangguhan pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan pada akhir tahun 2020.

Setelah mendapat kelulusan tersebut, pihak koperasi segera membuat pembayaran dividen 2019 ke akaun para anggota. Alhamdulillah, dividen tersebut telah dapat dinikmati oleh anggota menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.

Penyata dividen boleh dimuat turun melalui Sistem Keanggotaan Koperasi iaitu http://icoop.my/komaidam .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *